'32,469 syarikat perniagaan tamat operasi dari Mac hingga September'

  • 3 years ago
Sebanyak 32,469 syarikat perniagaan telah menamatkan operasi sepanjang Mac hingga September 2020 di atas pelbagai sebab.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mas Ermieyati Samsudin berkata manakala sebanyak 281,781 perniagaan baru telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga Oktober 2020.

Katanya beliau lagi, antara kesan Covid-19 ke atas usahawan-usahawan mikro adalah penurunan peratusan permintaan, nilai jualan dan aliran tunai.

Oleh itu, katanya kementeriannya telah mengambil beberapa tindakan intervensi bagi menangani masalah tersebut.

Beliau berkata demikian dalam jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.