'Labuan akan capai imuniti kelompok lebih awal dari Amerika Syarikat'
  • 3 years ago
Wilayah Persekutuan Labuan dijangka akan menjadi bandar pertama yang mencapai imuniti berkelompok (herd immunity), lebih awal berbanding Amerika Syarikat.

Menterinya, Annuar Musa berkata, 80 peratus daripada rakyat Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima vaksin pada pertengahan Julai ini.

Menurutnya juga suntikan dos pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah mencecah 60 peratus, manakala di AS, iaitu negara yang awal menghasil vaksin hanya berada pada tahap 43 peratus dan England 43.9 peratus rakyat menerima vaksin penuh.

Sumber video: https://fb.watch/6jMKKSIZ6A/