Bajet 2019 akan digunakan untuk memperbaiki Pulapol - Menteri

  • 5 years ago
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata masalah fasiliti yang teruk di Pusat Latihan Polis Malaysia (Pulapol) akan diperbaiki apabila Bajet 2019 diluluskan.

"Kami kekurangan bajet dan wang untuk melakukan perbaikan kepada tandas dan lif ... itu adalah masalah yang banyak dihadapi oleh kakitangan.

"Tetapi saya harus mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan kerana Bajet 2019 telah diberi dengan jumlah peruntukan yang cukup untuk menyelesaikan semua isu ini (seperti) Pulapol, lif dan tandas.

"Saya rasa kita boleh melakukan sesuatu mengenainya, tetapi kita perlu menunggu sehingga belanjawan diluluskan," kata Muhyiddin dalam sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu hari ini.

Semalam, dua Anggota parlimen dari DAP, Lim Lip Eng dan Thomas Su, menyuarakan masalah fasiliti yang teruk di Pulapol seperti makanan busuk, tandas yang tidak boleh digunakan dan lif yang rosak yang mana kakitangan dan pelatih di Pulapol perlu berhadapan.