Sosma dulu digunakan pada Maria Chin, sekarang akan dikemaskini
  • 5 years ago
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan kerajaan tidak perlu memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), sebaliknya ia hanya perlu diperbaiki.

“Sosma tak perlu dimansuhkan. Tetapi pada pandangan saya, ia perlu diperbaiki dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mohamad membangkitkan penangkapan bekas pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ketika era BN dahulu.

“Tindakan seperti itu tidak patut, jadi Sosma perlu dikemas kini,” katanya.

Mohamad mengulas penangkapan beberapa individu termasuk pemimpin DAP yang disyaki ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Mohamad berkata Sosma kini di peringkat perbincangan untuk dikemas kini.

Mohamad juga menyerahkan kepada polis dalam menyiasat kumpulan pengganas LTTE.

"Diharap dijalankan ikut peraturan dan saya yakin polis lebih berhati-hati dalam kes ini," katanya.