Usul lanjutkan subseksyen Sosma akan dibentang semula - Hamzah
  • 2 years ago
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dijangka membentangkan semula usul untuk melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 - atau Sosma - sekali lagi.

Langkah itu diambil selepas blok kerajaan gagal mendapat sokongan mencukupi bagi meluluskannya di Dewan Rakyat pada Rabu.