KKM: Usul buka semula taska akan dibincang esok
  • 4 years ago
Usul bagi membuka semula taska pada perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa 4 akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada masalah untuk taska beroperasi semula sekiranya garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi.