Menteri: Potongan dana UiTM akan ditampung melalui penjimatan dalaman

  • 3 years ago
Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad menjelaskan pengurangan jumlah peruntukan dana yang diterima UiTM dalam Belanjawan 2021 akan ditampung melalui penjimatan dalaman.

Beliau turut menjelaskan jumlah peruntukan yang diterima oleh universiti itu bagi tahun 2021 dibahagikan kepada dua kategori iaitu pengurusan UiTM dan hospital UiTM, berbanding tahun 2020 yang disatukan kedua-dua peruntukan itu.