Sistem baru salur dana penerbitan dokumentari - Menteri

  • 6 years ago
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memperkenalkan mekanisme baharu mengenai permohonan dan penyaluran dana kerajaan bagi penerbitan dokumentari untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dalam masa terdekat.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata sistem sedia ada mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, termasuk masalah ketirisan.

Gobind menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni mengenai perkara itu pada pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Gobind Singh juga memberi jaminan bahawa penyaluran dana untuk penerbitan dokumentari dan filem pendek akan diteruskan.

Katanya, sehingga Jun tahun ini, sebanyak RM19.56 juta telah disalurkan untuk penerbitan dokumentari manakala RM1.33 juta untuk penghasilan filem pendek.

Recommended