'Kerajaan tak akan ganggu siasatan berkaitan Kertas Pandora' - Menteri
  • 2 years ago
Kerajaan tidak akan mengganggu pihak berkuasa sekiranya terdapat laporan terhadap mana-mana pihak atau individu yang memerlukan siasatan lanjut berhubung pendedahan Kertas Pandora.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pada masa ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mendapatkan maklumat lanjut berhubung pendedahan itu serta mengadakan perbincangan dengan agensi lain termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).