MRT3, ECRL, Lebuhraya Pan Borneo akan diteruskan - Menteri

  • 2 years ago
Kerajaan memberi jaminan bahawa projek mega seperti projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3). Lebuhraya Pan Borneo dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan seperti yang dirancang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed memberitahu Dewan Rakyat kerajaan hanya mengenal pasti 30 projek yang akan ditangguhkan tahun ini.

Selain itu katanyam penjimatan daripada penangguhan projek boleh digunakan untuk membiayai sebahagian daripada kenaikan subsidi.