2 tentera hilang: Op SAR masih diteruskan - Menteri pertahanan

  • 5 years ago
Usaha mencari dan menyelamat dua anggota tentera Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berasal dari Sarawak yang hilang di Pulau Perak, Kedah sejak 20 Julai akan dipergiatkan sebaik sahaja memperoleh petanda baru.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata pada masa ini Tentera Darat masih lagi meneruskan usaha mengesan dua anggota tentera tersebut namun pada masa sama mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berhubung pencarian anggota yang hilang.

Dua anggota tentera tersebut ialah Koperal David Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses Logers yang berpangkalan di Kem Bukit Cowder, dikesan hilang ketika bertugas di kawasan operasi Op Pejarak di Pulau Perak, Kedah, 20 Julai lalu.

Pihak Kementerian telah bertemu dengan ahli keluarga mereka dan mereka merayu meneruskan usaha SAR.