Rabona, sepakan percuma dan gol luar biasa dari Neymar

  • 6 years ago
Tahun 2017 sudah melabuhkan tirai, dan yang pasti antara banyaknya cerita sensasi dunia bola sepak nama Neymar antara paling diperkatakan.

Neymar menjadi pemain paling mahal di dunia setelah berpindah dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai perpindahan 222 juta euro atau RM1.2 bilion.

Sejak itu kelibat beliau terus menjadi liputan berita yang mahu melihat apakah nilai semahal itu layak untuk beliau atau tidak.

Menerusi satu video suntingan Goal.com, memaparkan secara ringkas aksi luar biasa Neymar sepanjang beliau bermain bersama PSG.

Skil luar biasa, sepakan percuma lawa dan jaringan taraf dunia dipamerkan Neymar yang membuatkan para pemerhati dan penyokong bola sepak terus mendiamkan diri dengan tanda harga yang beliau terima.

Neymar kini antara penjaring terbanyak di Ligue 1 dibelakang rakan pasukannya Edison Cavani.

Sebagai rekod Neymar terus menjadi pemain yang membantu rakan pasukan untuk menjaringkan gol dengan bantuan gol yang tinggi sama seperti yang beliau lakukan kepada Messi dan Suarez di Barcelona.