'Lori angkut balak luar biasa dari Terengganu, bukan Pahang' - JPNP

  • 3 years ago
Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP) telah bertindak atas aduan orang ramai terhadap gambar sebuah lori treler yang mengangkut kayu balak besar yang "mencurigakan" di kawasan rehat Lebuh Raya Pantai Timur menghala Barat, di Temerloh Pahang, semalam.

Jabatan itu dalam satu kenyataan bagaimanapun mengatakan bahawa daripada pemeriksaan, berdasarkan hantaran pengguna Facebook Khaidir Ahmad, mereka mendapati kayu itu tidak diambil dari mana-mana kawasan hutan di Pahang.