12 daripada 36 kes baru hari ini adalah dari pelajar pulang dari luar negara
  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 12 daripada 36 kes baru Covid-19 hari ini merupakan kes import daripada pelajar Malaysia pulang dari luar negara.

Katanya 12 kes itu terdiri daripada 11 pelajar Malaysia pulang dari Indonesia dan seorang dari Amerika Syarikat.

Semalam, 84 kes baru positif Covid-19 dilaporkan dimana 43 darinya adalah kes import.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Putrajaya, hari ini.
Recommended