Video: Lagi sepakan percuma 'luar biasa' oleh Alexis Sanchez

  • 7 years ago
Lagi, lagi dan lagi mungkin itu yang tepat untuk menggambarkan prestasi cemerlang pemain sensasi Arsenal Alexis Sanchez.

Selepas bergelut dengan prestasi hambar pada empat perlawanan sebelum ini dan kontroversi bersama pengurus pasukannya Arsene Wenger.

Alexis Sanchez membuktikan beliau masih layak untuk dicalonkan sebagai pemain terbaik tahunan liga England ( PFA Player of the Year award) dengan jaringan sepakan percuma 'luar biasa' awal pagi tadi.

Sanchez menjaringan gol pendahuluan buat Arsenal ketika berdepan Middlesbrough dengan sepakan percuma di luar kotak penalti cantik yang melencong ke kanan gawang lawan.