Aksi luar biasa Neymar ketika bertemu Toulouse
  • 7 years ago
Pemain termahal dunia, Neymar terus cemerlang bersama pasukan barunya Paris Saint-Germain (PSG).

Jika pada perlawanan pertama minggu lalu Neymar menjaringkan 1 gol dan 1 bantuan gol. Awal pagi tadi, Neymar menyumbang dua gol dan dua bantuan gol.

Aksi luar biasa dengan kemahiran mengelecek yang tinggi dipamerkan Neymar sepanjang perlawanan.

Bintang termahal dunia itu membuktikan nilai tanda harganya adalah sepadan dengan aksi yang dipamerkan beliau buat PSG setakat ini.