Terharu, pemain ragbi peluk ibu ayah raih emas

  • 7 years ago
Umum mengetahui skuad ragbi tujuh sebelah (7s) mencipta sejarah terbesar dalam penyertaan Sukan Sea kali ini apabila meraih emas buat kali pertama.

Bukan itu sahaja buat penonton yang menyaksikan secara langsung dari Stadium Majlis Bandara Petaling Jaya semalam mereka menyaksikan satu babak penuh mengharukan apabila seorang pemain rabgi 7s berlari ke tempat penonton dan mendakap kedua ibu bapanya sejurus kemenangan bersejarah itu.

Pemain negara bernombor jersi 10, Azwan Zuwairi berlari ke tempat duduk penonton dan mendakap ibu bapaya yang hadir memberi sokongan.

Detik mengharukan itu disambut tepukan gemuruh para penonton dan diakhir video itu pemain berkenaan memakaikan bendera Malaysia di leher ibunya.