Schooling kalahkan Phelps, raih emas Olimpik pertama Singapura

  • 8 years ago
Joseph Schooling menjuarai 100 meter kuak kupu-kupu lelaki bagi mendapatkan pingat emas pertama Singapura dalam temasya sukan Olimpik.

Schooling menafikan hasrat Michael Phelps untuk mendapatkan pingat emas ke-23 untuk dirinya dalam saingan individu.

Phelps yang merupakan juara bertahan dan pemegang rekod dunia serta dilapor akan bersara selepas Olimpik Rio hanya mampu menewaskan dua musuh utamanya, Chad Le Clos dari Afrika Selatan dan Laszlo Cseh (Hungary) untuk berada di kedudukan kedua.