Renang 10km tuai 2 emas untuk Malaysia

  • 7 years ago
Selepas enam pusingan penuh mencabar, dua perenang kebangsaan Kevin Yeap Soon Choy dan Heidi Gan menuai dua pingat emas bagi acara renang 10km Perairan Terbuka Lelaki dan Wanita pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Yeap menamatkan perlumbaan di Kompleks Sukan, Presint 6 di Putrajaya dengan catatan masa 2:03:18 dan Heidi pula dengan catatan masa 2:16:27.

10km lelaki, pingat perak dimenangi perenang Thailand Peerapat Lertsathapornsuk dengan catatan masa 2:05:41 dan pingat gangsa menjadi milik Aflah Fadlan Prawira daripada Indonesia dengan catatan masa 2:08:40.

Bagi kategori wanita, pingat perak diraih Chantel Liew Li-Shan dari Singapura dengan catatan masa 2:21:30.