Video warga emas dipukul, pusat jagaan diarah tutup

  • 8 years ago
Kerajaan negeri memberi tempoh selama lima hari kepada pemilik sebuah pusat jagaan warga emas di Taman May Fair, Klebang di sini, menutup operasi mereka.

Arahan dikeluarkan hari ini itu susulan kejadian seorang wanita warga emas berusia 70-an dipukul di kepala oleh seorang lelaki berusia 56 tahun dipercayai pemilik pusat jagaan terbabit.

EXCO Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar, berkata selain kes itu menjadi viral di media sosial, arahan penutupan juga disebabkan premis berkenaan tidak berdaftar.