Kejam...warga emas disamun, diseret peragut motor
  • 5 years ago
Disamun dan diseret beberapa meter.

Itu detik cemas dihadapi seorang lelaki warga emas yang cedera di lengan dan kaki selepas disamun tiga lelaki yang menaiki motosikal di kawasan berhampiran Pasar Billion di Alor Setar, pada Khamis.

Warga emas Choo Tar Cheang, 66, ketika itu sedang mengayuh basikal sebelum dihampiri dua motosikal dalam kejadian pada 8.30 pagi.

Kemudian, seorang daripada suspek merentap beg tangannya sehingga dia diseret menyebabkan seluarnya tertanggal.

Mangsa kerugian RM300 akibat kehilangan beg tangannya dalam kejadian itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata mangsa turut terseret beberapa meter selepas disamun suspek yang kemudian melarikan diri.

Menurutnya, mangsa yang cedera kemudian menerima rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang dijalankan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.