Ambiga: Saya tak pernah sangka Tun M turun BERSIH
  • 8 years ago
Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham) Datuk S Ambiga berkata beliau tidak pernah menyangka beberapa perkara akan terjadi selepas bekas perdana menteri selama 22 tahun Tun Dr Mahahtir Mohamad meletakan jawatannya.

Antara perkara yang beliau tidak sangka adalah seperti Tun Mahathir akan turun ke himpunan jalanan BERSIH 4 pada hujung bulan Ogos lalu.