10 tahun saya jadi PM, Khazanah tak pernah rugi - Najib

  • 5 years ago
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan nilai aset bersih Khazanah Nasional yang turun sebanyak 21.6 peratus menjadi RM25 bilion berbanding jumlah RM91 bilion pada akhir tahun 2018 dan RM116 bilion tahun sebelumnya.Kata Najib menerusi status di Facebooknya, Khazanah merekodkan kerugian RM6.3 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM2.896 bilion tahun sebelumnya di bawah pentadbiran Barisan Nasional.Tambah Najib lagi, dalam tempoh sepuluh tahun beliau menjadi PM dan pengerusi syarikat itu, Khazanah tidak pernah rugi dan nilai asetnya juga tidka pernah turun malah naik setiap tahun.Bekas Presiden Umno itu turut membangkitkan sepanjang tempoh sepuluh tahun nilai aset bersih Khazanah telah naik RM82.3 bilion dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM116 bilion pada akhir 2017.Namun setelah Pakatan Harapan (PH) ambil alih, nilai Khazanah terus jatuh RM25 bilion menjadi RM91 bilion.Secara sinis ahli parlimen pekan itu berkata, kerugian itu tidak menjadi masalah kerana RM91 bilion masih banyak dan banyak lagi aset Khazanah yang boleh dijual semasa harga murah.Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan dalam kenyataan medianya berkata portfolio Khazanah terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi global pada 2018.Ini menyaksikan pasaran perlahan susulan ketegangan geopolitik serta unjuran lemah pertumbuhan negara pesat membangun.Justeru, katanya bagi 2019, Khazanah, akan memberi tumpuan kepada mengimbangkan kembali strategi portfolio dan mengukuhkan kedudukan kewangan.Aspek berkenaan termasuk memberi tumpuan kepada aset strategik seperti lapangan terbang di bawah Malaysia Airports, konsesi lebuhraya di bawah PLUS serta Malaysia Airlines.

Recommended