Saya tak pernah bercadang menyertai jemaah menteri
  • 5 years ago
Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah bercadang untuk menjadi sebahagian daripada anggota jemaah kabinet Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad meskipun berlaku rombakan kecil dalam portfolio menteri tidak lama lagi.

Sebaliknya, Anwar berkata beliau akan menunggu sehingga gilirannya tiba.

“Saya terikat dengan konsensus dan saya tidak pernah mengusulkan atau bercadang untuk menyertai kabinet.

“Kerana kesefahaman dan konsensus dalam PH yang ditandatangani adalah (Mahathir) perdana menteri akan menjadi perdana menteri dan Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri sehinggalah giliran saya,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, di bangunan Parlimen, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir semalam bahawa tidak ada kekosongan untuk Anwar menyertai kabinet buat masa ini.
Recommended