'Saya tak pernah arah guna dana Yayasan Akalbudi bagi tujuan peribadi'
  • 2 years ago
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk tujuan peribadi.

Zahid berkata demikian ketika mengemukakan keterangan bela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.