Saya tak pernah terima wang dari UKSB secara peribadi - Khairy

  • 2 years ago
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menafikan dia menerima sebarang sumbangan wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti yang didakwa bekas pengarah syarikat itu di Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

Khairy yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau berkata, dia juga belum dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi keterangan.