Polis tahan 35 penyokong musuh Erdogan

  • 9 years ago
Polis Turki menahan 35 orang termasuk pegawai kanan kerajaan dan pegawai polis di wilayah Izmir di barat negara itu hari ini dalam satu operasi yang mensasarkan penyokong ulama Fethullah Gulen yang menentang Presiden Tayyip Erdogan.

Serbuan itu dibuat selepas dua hari Parti AK, yang ditubuhkan Erdogan memperoleh mandat untuk menerajui kerajaan, namun pembangkang khuatir kemenangan itu akan menyebabkan kerajaan menjadi sangat berkuasa.