Polis tahan reman kumpulan pelajar anti-Najib tiga hari
  • 9 years ago
Usaha pelajar dan aktivis yang berdemonstrasi dengan berkampung di luar perkarangan bangunan Parlimen sejak Isnin lalu berakhir apabila 17 daripada mereka dicekup malam semalam.

Hari ini, pelajar yang menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan susulan kontroversi 1MDB dan masalah ekonomi negara dikenakan tahanan reman tiga hari di Pusat Tahanan Polis Jinjang, Kuala Lumpur.