Muhyiddin sedia dipecat, sokong kumpulan undur Najib
  • 8 years ago
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai penyokong sembilan pemimpin cawangan yang bakal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti sebentar tadi.

Ketibaannya disambut kira-kira 50 penyokong, termasuk Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman yang dipecat minggu lalu dan ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin.

Beliau juga bersedia sekiranya dipecat keahlian daripada parti itu apabila diminta mengulas berhubung kehadiran beliau memberi sokongan terhadap kesembilan pemimpin akar umbi berkenaan.