Padah anjur pesta Songkran sewaktu PKP, polis tahan 62 warga Myanmar
  • 4 years ago
Polis hari ini menahan 62 lelaki warga Myanmar selepas terbabit penganjuran pesta Songkran di perkarangan sebuah asrama pekerja di bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.

Penahanan itu dibuat susulan klip video tersebar melalui laman Facebook berhubung penganjuran pesta berkenaan, semalam.

Video itu memaparkan tindakan sekumpulan pekerja Myanmar di sebuah kilang sarung tangan yang meraikan pesta Songkran.

Aksi mereka yang menari sambil menikmati minuman keras menerima kecaman ramai netizen berikutan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira jam 2 petang tadi di perkarangan asrama pekerja terbabit.