Ringgit jatuh sebab 1MDB jejas keyakinan pelabur - Muhyiddin

  • 9 years ago
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu 1MDB sepatutnya ditangani dengan betul bagi memberi kestabilan terhadap nilai ringgit yang kini menjunam.

Bercakap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Umno Semporna di Sabah bekas timbalan perdana menteri itu berkata, kejatuhan ringgit bukan hanya kerana dolar Amerika meningkat ataupun penurunan harga minyak mentah dunia tetapi kerana isu politik.