BN: Proses 'nasionalisasi' lebuh raya, hakis keyakinan pelabur

  • 9 years ago
Tindakan mengambil alih lebuh raya akan menghakis keyakinan pelabur asing dan menyebabkan kerajaan perlu berbelanja sebanyak RM400 bilion, demikian kenyataan Kementerian Kerja Raya.

Ini kerana langkah itu akan dilihat sebagai proses "nasionalisasi" dan akan memberi imej buruk kepada kerajaan, kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Ahli Parlimen Serdang Hanipa Maidin.