Video: Harimau di tengah jalan, pengguna lebuh raya panik

  • 8 years ago
kelibat seekor harimau di tengah-tengah kesesakan jalan raya di lebuh raya mencetuskan 'panik' para pengguna.

video yang viral menerusi laman sosial tempatan menunjukkan binatang liar berkenaan seolah-olah kebingungan dan keliru setelah ia tiba-tiba terjatuh dari sebuah lori pengangkut haiwan.

Harimau tersebut kemudiannya berjaya ditangkap dan kelihatan empat orang lelaki menolaknya kembali ke dalam lori berkenaan.