KJ nafi Umno bagi Najib 3 bulan selesai isu 1MDB

  • 9 years ago
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan laporan akhbar kononnya Umno memberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diilhamkannya itu.

Katanya, tiada sebarang tempoh masa ditetapkan tetapi beliau berharap isu berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin dan meminta semua pihak menunggu audit syarikat pelaburan negara itu.