Umno-PAS cuba jadi juara Melayu tapi diam isu 1MDB

  • 5 years ago
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Umno dan PAS cuba jadi "juara Melayu" berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) meskipun berdiam diri berhubung skandal 1MDB.

"Kini Umno dan PAS cuba cuba membela (hak Melayu). Tapi apa sikap mereka berhubung dana 1MDB yang dicuri?

"RM30 bilion perlu dipulangkan, tapi mereka berdiam diri. Kini mereka mahu jadi juara Melayu," katanya dalam ucapan sulung sebaik menjadi Presiden PKR pada kongres parti itu di Shah Alam semalam.

Umno dan PAS sebelum ini mengkritik kerajaan yang mahu meratifikasi Icerd. Kedua-dua parti itu semalam mengumumkan akan mengadakan himpunan bantahan bersama di Kuala Lumpur pada 8 Disember.

Recommended