'Jangan cemas, siasatan 1MDB tiada kaitan dengan Umno'
  • 6 years ago
Umno tiada sebab untuk berasa cemas dengan siasatan 1MDB kerana ia tiada kaitan dengan parti itu, kata ketua penerangannya Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditemui di PWTC, Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, Umno tidak tahu apa yang berlaku dalam 1MDB dan tidak pernah diberi penerangan tentang sebarang urus niaga oleh syarikat milik negara itu.

Beliau diminta mengulas laporan The Malaysian Insight yang memetik sumber mendakwa badan penguatkuasa menyiasat kira-kira 1,000 individu, termasuk ahli politik, yang disyaki menerima bayaran dengan dana 1MDB.

Laporan itu berkata antara yang disiasat ialah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, ahli keluarga Najib, ahli politik BN, pegawai kanan kerajaan, ahli perniagaan dan peguam.