Mahathir berkeras - RM2.6 bilion Najib ada kaitan 1MDB

  • 9 years ago
Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah berkaitan dengan syarikat sarat hutang 1MDB.

Ini di sebalik kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengisytiharkan bahawa wang itu adalah sumbangan derma serta tidak ada kaitan dengan 1MDB.