Isu kereta terbang, PH sudah jadi badut lawak jenaka - Puteri Umno
  • 4 years ago
Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan mempersendakan projek kereta terbang oleh menteri Pakatan Harapan (PH) semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

"Lebih melucukan, ada pula Menteri kereta terbang, tetiba, kereta terbang tak jadi terbang.

"Lepas itu ada hati nak buat projek kereta terbang kedua pulak? Yang pertama pun tak jadi, nak buat yang kedua pulak?

"Pendek kata, PH, bukan sahaja hancing, tetapi sudah jadi badut lawak jenaka," katanya.