Ramkarpal tanya Najib isu 1MDB, Dewan Rakyat kecoh lagi
  • 6 years ago
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mendesak agar Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan berhubung penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang dilaporkan media antarabangsa ketika menjadi Perdana Menteri.

Pertanyaan tersebut menimbulkan kurang senang kepada ahli parlimen pembangkang iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dan Datuk Seri Ismail Sabri (Bera) yang mendakwa Ramkarpal cuba menimbulkan sangkaan jahat terhadap Najib.