Ramkarpal desak kerajaan siasat isu surat CIA dari Najib

  • 6 years ago
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mendesak Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan isu surat yang ditulis Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Agensi Risikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat (AS) bagi memohon sokongan negara itu, menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Bagaimanapun, memetik Malaysiakini baru-baru ini, Najib, yang juga bekas perdana menteri, berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan surat itu dan apa yang dilaporkan berkaitan surat-menyurat yang mencadangkan bertujuan mendapatkan sokongan AS selepas, bukan sebelum pilihan raya.