Penjelasan Najib isu hutang 1MDB hanya untuk kelirukan Speaker - Pua

  • 2 years ago
Ahli Parlimen Damansara Tony Pua mendakwa Najib Razak kini cuba mengelirukan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Ia berhubung pembayaran balik prinsipal hutang 1MDB selepas didakwa mengelirukan Dewan Rakyat sebelum ini.

Pada Isnin, Azhar berkata, Najib telah mengemukakan penjelasannya berhubung isu terbabit dan satu salinannya juga dihantar kepada Pua untuk dijawab oleh Ahli Parlimen DAP itu.