Mukhriz: Najib marah tegur isu 1MDB, RM2.6b
  • 8 years ago
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri telah menegurnya kerana ucapannya secara terbuka persoalan mengenai 1MDB dan skandal 'derma' RM2.6 bilion.

Katanya dalam satu rakaman 'sebenarnya, dan ini pun telah diakui sendiri oleh perdana menteri kepada saya secara peribadi, dia tak puas hati, sakit hati dengan ucapan saya di saloma Bistro mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion'

Rakaman selama tujuh minit 52 saat itu kelihatan seperti satu sesi ceramah dimuat naik oleh laman Facebook Mukhriz Mahathir FC (Fan Club) pada hari selasa lalu.