PAS: Bagi DAP, hudud seolah-olah malapetaka

  • 9 years ago
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini membidas pimpinan tertinggi DAP kerana menyerang parti itu, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Mustafa, DAP mahu menggambarkan Malaysia perlu diselamatkan daripada pelaksanaan hukum hudud, seolah-olah hukum Islam itu satu malapetaka.