DAP gesa PAS keluar Pakatan jika mahu laksana hudud

  • 9 years ago
Dua ahli Parlimen DAP mempertahankan gesaan Setiausaha Organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat jika enggan mematuhi konsesus pakatan serta mahu meneruskan hasrat untuk melaksanakan hudud.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, walaupun beliau berharap agar Pakatan Rakyat kekal seperti sekarang, tetapi beliau memahami gesaan Loke itu.

Bagi Ahli Parlimen Raub juga dari DAP, Ariff Sabri Abdul Aziz turut menyokong gesaan Loke itu. Menurut Ariff Sabri, beliau menegaskan bahawa sebagai seorang muslim, menjadi kewajipannya untuk menyokong undang-undang hudud.

Beliau bagaimanapun menjelaskan tidak menyokong rang undang-undang yang dibawa PAS berhubung perkara itu.