DAP: PAS boleh tinggalkan Pakatan jika terus mimpi hudud

  • 9 years ago
Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai memberi amaran bahawa PAS tiada tempat dalam Pakatan Rakyat sekiranya terus berkeras untuk melaksanakan hukum hudud.

Dalam satu kenyataan media berbahasa Cina, Tan berkata, PAS boleh "terus bermimpi" untuk menubuhkan negara Islam namun DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya.

Katanya, ketika mereka menubuhkan Pakatan, DAP, PAS dan PKR tidak pernah bersetuju dengan negara Islam mahupun hukum hudud.