'Muhyiddin, Azmin keluar PH sebab tak mahu bersama Anwar dan DAP' - Annuar
  • 3 years ago
Mana-mana ahli parti yang cuba membuat sebarang perjanjian dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam kerajaan akan datang telah melakukan 'kesalahan besar', kata Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa.

Menurutnya, keputusan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Anwar dan juga DAP merupakan dasar besar parti dan telah dibincangkan di peringkat Muafakat Nasional.

Katanya lagi, dasar itu juga membolehkan Umno dan sekutunya membentuk kerajaan Perikatan Nasional susulan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan juga bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengambil keputusan sama untuk tidak lagi bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/1021362431704241
Recommended