Hadi tahu banyak maklumat seolah-olah PM

  • 5 years ago
Ahli dan penyokong PAS dinasihat agar patuh dan taat kepada pemimpin termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sentiasa mengambil kira pelbagai sudut dalam membuat keputusan parti, kata naib presidenya, Mohd Amar Nik Abdullah.

Kata beliau, Abdul Hadi adalah seorang pemimpin berpengetahuan luas dan mempunyai banyak maklumat yang kadang-kala tidak terfikir orang orang lain.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan Mesuarat Agung Tahunan Ke-58 PAS Kawasan Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai memberi penjelasan bahawa setiap ahli dan penyokong parti perlu wala terhadap kepimpinan serta keputusan parti selagi tidak bercanggah dengan agama Islam.

Malah Mohd Amar menegaskan bahawa Hadi yang juga anggota parlimen Marang itu seorang yang sentiasa mementingkan Islam dalam membuat sebarang keputusan parti.