Ahli Parlimen dua blok sepakat sokong perjuangan rakyat Palestin

  • 7 bulan lalu
BERITA SEMASA 9 OKTOBER 2023

Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang Malaysia sepakat menyokong perjuangan rakyat Palestin bagi menuntut hak dan kedaulatan mereka yang ditindas oleh rejim zionis Israel.

Mereka menyatakan kesepakatan itu semasa sesi perbahasan penerangan menteri berhubung Perkembangan Semasa Konflik Palestin-Israel di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) berkata rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan seluruh dunia harus menerima hakikat berkenaan dan bersolidariti dengan menafikan pandangan-pandangan serong yang cuba diberikan oleh beberapa kuasa besar di belakang Israel.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Palestin

Disyorkan