Sabah, Sarawak sepakat sokong kerajaan bakal dibentuk di Persekutuan
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 20 NOVEMBER 2022

Kerajaan Sabah dan Sarawak sepakat untuk menyokong kerajaan yang bakal dibentuk di peringkat Persekutuan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, lapor wartawan Sinar Harian Asyikin Asmin.

Menurutnya, perkara itu telah dibincangkan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melalui panggilan telefon yang diterimanya.

Sedia maklum, GRS dan BN di Sabah menang 13 kerusi daripada 25 kerusi dan satu daripadanya PN, oleh itu 14 kerusi dan kerusi ini akan bawa untuk memberi sokongan kepada satu kerajaan yang boleh membawa kestabilan kepada negara kita terutama Sabah dan Sarawak.

#BeritaSemasa #SinarHarian