KPKT bertindak tegas isu bilik 'sangkar burung'
  • 6 bulan lalu
KPKT bertindak tegas isu bilik 'sangkar burung'

BERITA MOJO 15 OKTOBER 2023

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang menyediakan bilik 'sangkar burung' jika gagal mengubah kembali kepada bentuk asal premis berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, perkara tersebut amat serius kerana pengubahsuaian tersebut mengundang risiko kesihatan mental dan keselamatan jika berlaku kebakaran.

Menurut beliau, tindakan segelintir pemilik membuat ubah suai ruang di dalam rumah sehingga menjadi amat sempit, tidak kondusif, malah sesetengahnya tidak berperikemanusiaan.

Artikel: https://shorturl.at/iqsuU

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian